PERAWALAN

salam  kepada dunia blogger.

terasa nak ada blog sendiri, tu la pasal crete blog nie..sekadar  catatan kosong
sekadar mencoret  didinding ini apa yang terlintas di minda.
yang baik itu dari Allah dan yang lemah dan kurAng itu dari diri sendiri.


****WELCOME TO MY SITE *******

HARGAI MASA YANG ADA
MUNGKIN  ESOK BUKAN MILIK KITA..

SEKADAR  PELENGKAP N3



dulu..
terbayang indah kenangan yang memenuhi angkasa minda
terkenang saat-saat yang terukir di padang masa
saat dulu yang tidak bisa di undur walau sekejap cuma
hanya bayangan indah itu yg mengusik jiwa.


kini
waktu itu telah lama ditinggalkan
hanya memori yang kemas tersimpan
dalam lubuk hati dan jiwa setiap insan
kerana kini kami semua sudah jauh ketinggalan
saat memori itu hanya dikenang pada masa depan


selamanya
ia tidak mungkin terpadam
kerana indah nya memori semalam
selamanya dalam
keindahan yang menjadi tanda kita pernah bersama;

suratan @ kebetulan...


adakah ini suratan takdir ILLaHi
pada ku hambaNya didunia ini
kiranya ia sudah ketetapan azali
izinkan diri ini kuat tuk jalani
kembara yang sementara ini.

suratan @ kebetulan
sukar mengerti maksud sebenar
manusia hanya pintar mentafsir
tapi sering kali
tewas dan gagal dalam memberi erti
kerana sukarnya menerima apa yang terjadi..


adakah itu suratan
yang harus diterima
atau kebetulan
yang sekadar menyinggahi
untuk menguji diri..

indah kah dunia??

apa ada pada dunia
yang hanya disenggahi sementara
oleh semua makluk ciptaNYA
dan pasti kembali pada asal kejadian..

manusia menilai pada penglihatan mata mereka
namun tidak pernah melihat dengan mata hatinya
disitu lah bermulanya kesilapan manusia
yang hanya bijak mentafsir ruang angkasa
yang hanya berputar disekeliling kita

kerna terlalu bijaknya manusia
sehingga lupa kepada yang MAHA BIJAK yang sebenarnya
sehingga mereka tenggelam dalam indahnya dunia
ciptaan mereka


 

Blog Template by Adam Every. Sponsored by Business Web Hosting Reviews